Sila baca arahan di bawah dan klik link mengikut kelulusan anda:
Arahan mengisi Borang Online SPA 8i (melalui portal SPA)
1. Mulakan dengan memilih butang bagi kelayakan sijil tertinggi anda iaitu sama ada
Butang-butang pilihan ini akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon.
2. Muka surat borang akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda iaitu kedua-dua nombor kad pengenalan baru dan lama. Bagi calon-calon yang tidak mempunyai salah satu kad pengenalan tersebut, mereka wajib mengisi salah satu daripada mana-mana kad pengenalan yang mereka ada.
3. Anda wajib memilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang.
4. Ruangan pusat temu duga/ujian dipilih, nama pemohon, tarikh lahir, negeri tempat lahir, jantina, taraf perkahwinan, keturunan, agama, kewarganegaraan, tempat lahir ibu, tempat lahir bapa dan alamat surat-menyurat adalah wajib dipenuhi oleh setiap pemohon.
5. Bagi calon yang istimewa, anda dikehendaki mengisi ruang kecacatan.
6. Keputusan bahasa Melayu Tingkatan 5 wajib diisi oleh calon kelayakan ijazah, diploma, SRP dan Bakat. Manakala calon kelayakan SPM diwajibkan mengisi kesemua butir-butir Keputusan Tingkatan 5 (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM).
7. Kesemua ruangan Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil yang telah diperolehi) diwajibkan untuk diisi oleh calon-calon yangtelah memperolehi Ijazah tersebut. Calon yang belajar di institusi dalam negara mengisi di ruangan Universiti tempatan dan calon bekas pelajar di institusi luar negara adalah sebaliknya. Sekiranya calon tidak dapat mengenalpasti tarikh lulus pengajian anda, sila isikan tarikh konvokesyen anda.
8. Sekiranya hanya satu Ijazah yang telah diperolehi, anda dikehendaki hanya mengisi satu sahaja ruang sahaja. Begitulah seterusnya. Anda tidak dibenarkan mengulangi maklumat kerana ini akan memungkinkan proses permohonan anda terjejas.
9. Bagi calon-calon memilih butang Diploma/STP/STPM/HSC pada permulaan pemilihan borang, anda hendaklah mengisi ruang Keputusan Peperiksaan Tingkatan 6 bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon berkelulusan Diploma hendaklah mengisi pada ruang Kelulusan Pengajian Tinggi.
10. Calon-calon dikehendaki mengisi ruangan-ruangan lain sekiranya berkenaan.
11. Pastikan ruangan-ruangan yang diisi adalah tepat dan betul. Segala maklumat yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
12. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak akan diproses.
13. Paparan ucapan 'Permohonan anda telah didaftarkan' akan terpapar jika maklumat anda tiada kesilapan.
14. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Sebarang pertanyaaan/komen mengenai permohonan jawatan melalui Borang Online SPA 8i sila email : ePertanyaan